Mann's FotoPage

By: Rosman Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 29-Apr-2008 05:48 Email | Share | | Bookmark

Tunggu Abang
Jelingan menusuk jiwa
 
View all 6 photos...
Orang kata belajar dari pengalaman lebih bermakna kerana ia memberi kesan dalam hidup kita. Sekali lagi aku ikut Shah untuk menembak pengantin. Tapi kali ni bukan pengantin sebenar kecuali hanya model yang berpakaian pengantin. Assignment kali ni agak mencabar juga kerana dibuat diluar. Nasib baik juga kami dapat gazebo di Botanical garden.


Monday, 21-Apr-2008 13:42 Email | Share | | Bookmark
1st Time Tag Along

Gelang Perkahwinan
Tangan dijabat, akad dilafaz.
Dari Abang untuk Adik tersayang
View all 8 photos...
Hari Ahad 20 April pertama kali aku ikut orang amik gambar. Tapi kali ni bukan gambar khenduri kahwin, cuma nikah je. Tapi yang syoknye, pengantin punya la sporting, boleh pulak amik gambar outdoor pulak. Thanks Shah atas pengalaman yang amat berharga ini.


Wednesday, 9-Apr-2008 01:05 Email | Share | | Bookmark

Isteri aku kata aku suka membebel. Mungkin itu je cara aku untuk menyampaikan apa yang aku fikirkan. Dalam omelan aku tu, aku include juga nasihat and option macam mana nak selesaikan masalah. Aku lebih suka melihat dan perhatikan dahulu tindakan orang atau sesiapa sahaja - anak aku, boss aku, rakan sekerja atau sesiapa je la. Perhati dahulu bila dia akan berubah atau apakah dia ada menunjukkan inisiatif untuk berubah. Bagi aku satu keputusan tu tidak akan dapat dicapai kalau kita tidak mengambil inisiatif ke arah itu. Kalau benda yang sama berlaku dan tak berubah, maka dengan rasminya bermulalah omelan aku.
Biasalah, kita manusia. Manusia hanya boleh merancang, Tuhan yang menentukan. Tapi betul ke? Kalau betul kenapa ada ayat-ayat "Berdoalah. Nescaya akan AKU perkenankan". Maksudnya selain dari usaha kita kena berdoa - setengah Ulama' mengkategorikan usaha kita itu juga sebagai doa. Disamping doa dan usaha, keikhlasan dalam melaksanakan tugasan harian yang dipertanggungjawabkan kepada kita (dah buat aku janji kan) juga memainkan peranan.
Kadang kala boss minta kita siapkan kerja dalam masa terdesak (ad hoc) dan kita buat dengan hati yang terbuku. Berapa kali sangat la boss minta kita buat kerja ad hoc dalam setahun? Pernah kah kita terfikir hari-hari yang kadang kala kita tak ada kerja dan memang tak ada mood untuk buat kerja?


Monday, 31-Mar-2008 04:42 Email | Share | | Bookmark
31 March

Langau
Tak tau la pokok apa ni. Tak kenal tapi bunga dia cantik.
Akar bakau yang menunjah langit.
View all 6 photos...
Sebenarnya aku dah lama tak jenguk fotopages ni. Aku bukan jenis yang suka menulis walaupun aku agak rajin juga la membaca walaupun dari 20-30 buku yang aku baca selalunya tak sempat habis. Namun bila ada kelapangan aku akan sambung pembacaan tersebut. Rak buku di rumah pun dah penuh, nampak gaya nak kena buat rak buku lain yang lebih kuat dan muat lebih banyak buku. Majalah pun aku jarang baca kecuali majalah DCM dan Klik (yang keluar ntah berapa kali setahun je).
Semalam, aku seperti kebiasaan bila pagi Ahad akan usung beg aku dan aku menuju ke tepi pantai. Tujuan asal aku ialah hendak memburu burung-burung migrasi yang singgah di pantai Tesco dan pantai Seagate. Namun, burung-burung tersebut telah sampai di destinasinya di selatan dan yang ada hanyalah burung-burung tempatan. Sekadar untuk berkongsi.


Monday, 2-Jul-2007 03:35 Email | Share | | Bookmark
I am back.

Mud flood in Surabaya
From my friend's pond
Mashid Agung Surabaya
View all 4 photos...
Wow... It has been more than a year that I visited my own photopages. Been bz and my E-20 went kaput.... Been almost a year without a camera. Now I am back to my foot. The proud owner of E500 and E510.


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net